10 Exco Johor angkat sumpah

10 Exco Johor angkat sumpah

22/04/2019 1:25 PM 0 By admin

Berdasarkan laporan Malaysiakini, seramai 10 ahli exco kerajaan negeri Johor mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di Johor Bharu, hari ini.

Berikut senarai exco itu:

Aminolhuda Hassan – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi

Dr Dzulkefly Ahmad – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia

Liow Chai Tung – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Jimmy Puah Wee Tse – Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti

Mohd Khuzzan Abu Bakar – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan

Dr S Ramakrishnan – Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Sheikh Umar Bagharib Ali – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Tosrin Jarvanthi – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar

Tan Cheng Choon – Pemgerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar

10 Mohd Solihan Badri – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur

Tosrin, Tan dan Mohd Solihan adalah muka baru yang mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Adun Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan Adun Skudai, Tan Hong Pin.

Pada majlis sama, Sultan Johor berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal.

Sahruddin mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 14 April lalu.