15 PPS Jerantut dibuka, 125 keluarga dan 579 mangsa terlibat

04/01/2021 8:10 AM Off By Miss Kay


JERANTUT – Laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut yang dikeluarkan pada jam 6.00 petang, pada Ahad menyebut sebanyak 15 Pusat Perpindahan Sementara (PPS) telah dibuka dan 125 keluarga dan 579 mangsa terlibat ekoran hujan berterusan.

Jalan utama ke Felda Gelanggi 1 dan 3 turut digenangi air

Menurut laporan itu lagi hujan yang berterusan menyebabkan berlaku limpahan air ke atas jalan raya serta kawasan rendah di daerah ini.


Jawatankuasa tersebut melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tekam Utara menempatkan 34 orang mangsa , SK Gelanggi 1 (117 orang), SK Batu Balai (33 orang), SK Kg Bharu (34 orang) dan Dewan Jengka 24 (4 orang).


PPS di SK Pedah turut menempatkan 57 orang mangsa dan SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (61 orang), SK Felda Sungai Retang turut 72 orang mangsa, SK Temin (32 orang), Sk Durian Hijau (38 orang), SMKA TAHAP (4 orang), SK Chebong (6 orang), Sk Gelanggi 3 (38 orang), SMK Damak ( 24 orang) dan Balai Raya Kg Lata Kasah seramai 34 orang mangsa.

Jalan masuk ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Sungai Tekam dinaiki air pada Ahad