Hina Agong: NGO lapor polis

Pengerusinya, Miar Yahya berkata, tindakan tegas perlu diambil apabila masih ada pihak memandang remeh terhadap kesalahan menghina ketua agama Islam negara.

Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) Pahang bersama NGO Pahang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan di sini menjurus kepada isu gambar yang menghina Agong.

KUANTAN – Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) Pahang bersama badan bukan kerajaan (NGO) Pahang membuat laporan polis terhadap beberapa pihak di media sosial yang menghina institusi raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusinya, Miar Yahya berkata, tindakan tegas perlu diambil apabila masih ada pihak memandang remeh terhadap kesalahan menghina ketua agama Islam negara.

Menurutnya, laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan di sini menjurus kepada isu gambar yang menghina Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

“Perbuatan menghina Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negara ini sama jugalah dengan menghina agama Islam dan Ketuanan Melayu.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa dan kami berharap satu peruntukan lebih tegas perlu diwujudkan menerusi Rang Undang-Undang yang perlu dibentang segera di Parlimen. Hal ini bagi mengekang perbuatan melampau menghina Raja-raja Melayu,” katanya.

Menurutnya, hukuman menghina raja-raja yang menggunakan Akta Hasutan di mahkamah kini tidak relevan kerana menggerunkan pesalah bahkan permohonan maaf seperti main-main sahaja.

“Kami cadangkan denda dan penjara maksimum 20 tahun serta sebatan agar perbuatan seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya.

TINGGALKAN MAKLUMBALAS

Masukkan Komen
Masukkan nama