Bayi meninggal dunia dalam penerbangan KL – Perth

AirAsia, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan bahawa bayi itu meninggal dunia selepas "rawatan kecemasan" di penerbangan D7236, yang berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 12.05 pagi.

KUALA LUMPUR – Seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia dalam penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Perth pagi ini.

AirAsia, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan bahawa bayi itu meninggal dunia selepas “rawatan kecemasan” di penerbangan D7236, yang berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 12.05 pagi.

Menurut kenyataan, kru pesawat bertemu dengan pasukan pakar perubatan dan Polis Australia Barat (WA) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

“Selaras dengan prosedur, kru penerbangan meminta bantuan kecemasan perubatan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.”

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak mengeluarkan butiran lain mengenai insiden itu.

“Kami tidak dapat memberi komen lanjut mengenai keadaan perubatan bayi, namun ia adalah berkaitan dengan bayi dan keluarga,” kata AirAsia.

Penerbangan pulang D7237 ke Kuala Lumpur, yang ditetapkan untuk berlepas pada 6.50 pagi, kemudian ditangguhkan.

Portal NST yang memetik Berita ABC Australia itu berkata, pegawai berkenaan sedang menyiasat kejadian tersebut dan akan menyediakan laporan untuk koroner.

“Seorang jurucakap media Polis WA berkata tiada sebarang keadaan yang mencurigakan melibatkan kejadian kematian bayi ini,” katanya.

TINGGALKAN MAKLUMBALAS

Masukkan Komen
Masukkan nama