Cadang tanam anggur, Strawberi di puncak Gunung Jerai

Sokongan agensi kerajaan diperlukan bagi tujuan ini kerana ia mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Papan tanda menuju ke Gunung Jerai.

Cadangan untuk menanam buah anggur mahupun strawberi di puncak Gunung Jerai, Kedah dilihat sebagai satu langkah untuk memajukan ekonomi setempat.

Menurut laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata, ia juga boleh dijadikan sebagai nilai tambah untuk menarik lebih ramai pelancong.

Menurutnya, sokongan agensi kerajaan diperlukan bagi tujuan ini kerana ia mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat.

“Nilai potensi komersial juga dilihat tinggi dan ia secara tidak langsung boleh menjana pendapatan penduduk tempatan,” katanya.

Menurut Sabri, prasarana projek dengan dana yang mencukupi sangat penting bagi memastikan ia tidak terhenti di pertengahan jalan.

“Projek ini juga dilihat mampu untuk melatih anak tempatan yang komited dalam bidang pertanian,” katanya.

Tambah Sabri, dengan adanya ladang anggur mahupun strawberi itu nanti ia mampu menarik lebih ramai pelancong untuk naik ke puncak.

“Ini kerana pada ketika ini pelancong lebih ramai di kaki gunung berbanding di puncak Gunung Jerai.

“Kita yakin, insya-ALLAH jika usaha ini berjaya lebih ramai pengunjung akan terus ke puncak Gunung Jerai,” katanya.

TINGGALKAN MAKLUMBALAS

Masukkan Komen
Masukkan nama