Kerajaan akan kaji kuota kaum program matrikulasi

Menteri Pendidikan Maszlee Malik sebelum ini dilaporkan berkata dasar 90 peratus pelajar bumiputera untuk program matrikulasi akan dikekalkan.

Kerajaan akan mengkaji sistem kuota untuk program prauniversiti matrikulasi, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Kita akan kaji masalahnya,” katanya.

Menurut laporan Malaysiakini, beliau diminta mengulas cadangan Pemuda DAP supaya sistem kuota kaum untuk program itu dimansuhkan.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik sebelum ini dilaporkan berkata dasar 90 peratus pelajar bumiputera untuk program matrikulasi akan dikekalkan.

Bagaimanapun katanya kabinet akan mengkaji sama ada lebih banyak tempat akan dibuka untuk golongan bukan bumiputera.

TINGGALKAN MAKLUMBALAS

Masukkan Komen
Masukkan nama