Sepinya Serambi Teruntum

Part 1

Lokasi umpama Siti Khadijah di Kelantan, Pekan Rabu di Kedah….Tapi entah mana silapnya Serambi Teruntum masih tidak mampu menjadi lokasi tumpuan pelancong jika bercuti di Kuantan.

Sebut sahaja produk dan perkhidmatan apa yang anda perlukan.. Serunding, rempah ratus, songkok, tekstil, spa dan pelbagai lagi. Semuanya ada di bawah bumbung Serambi Teruntum.

Foto Serambiteruntum.com

Bukan sahaja terletak pada kepelbagaian produk yang dijual, tetapi keunikan dan keindahan struktur bangunan Serambi Teruntum itu sendiri menarik pandangan mata setiap mereka yang melihat.

Tapi, kenapa SEPI?

Kurang promosi?
Lokasi tidak strategik?
Produk jualan kurang menarik?

Mari kita kaji dan fikirkan kaedah terbaik yang boleh membantu meningkatkan fungsi Serambi Teruntum sebagai Pusat Pelancongan yang boleh dibangga-banggakan oleh semua rakyat Kuantan.

Foto Serambiteruntum.com

TINGGALKAN MAKLUMBALAS

Masukkan Komen
Masukkan nama