Simpan dadah dalam pasu bunga

Dalam serbuan di rumah suspek berkenaan di Taman Kami A, Aulong pada waktu awal pagi, polis menemui sejumlah 1.4 kilogram dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM74,240 dipercayai disembunyikan dalam satu pasu bunga di halaman rumahnya.

Osman(dua kanan) menunjukkan keadaan bekalan dadah ditemui polis, dipercayai disembunyikan dalam pasu bunga oleh suspek di rumahnya sebelum ini.

TAIPING – Helah seorang ahli Geng Prabu menyimpan bekalan dadah di dalam pasu bunga di halaman rumah akhirnya terbongkar apabila dia bersama seorang lagi ahli kumpulan itu dicekup polis dalam satu operasi khas di Aulong, di sini pada 19 April lalu.

Sinar Harian melaporkan, Dalam serbuan di rumah suspek berkenaan di Taman Kami A, Aulong pada waktu awal pagi, polis menemui sejumlah 1.4 kilogram dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM74,240 dipercayai disembunyikan dalam satu pasu bunga di halaman rumahnya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, bermula 8 April lalu, pihaknya melancarkan satu Ops Jihad Dadah bagi mengesan sebuah sindiket pengedaran dadah sekitar daerah Taiping yang dikenali Geng Prabu.

Menurutnya, pada 19 April lebih kurang jam 12.20 tengah malam, sepasukan anggota risikan operasi Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Ibu Pejabat Daerah(IPD) Taiping menahan seorang lelaki di tepi Jalan Sultan, Aulong sebelum merampas beberapa barang kes disyaki dadah.

“Suspek tangkapan pertama kemudiannya membantu kami menangkap seorang lagi suspek lelaki kedua di hadapan sebuah restoran 24 jam di Jalan Sultan, Aulong.

“Pada jam 4.30 pagi hari sama, suspek tangkapan kedua kemudiannya menunjukkan arah rumahnya di Taman Kami A, Aulong kepada pihak kami setelah dipercayai terdapat bekalan dadah disimpan.

“Pemeriksaan ke atas rumah suspek kedua membolehkan polis menjumpai sejumlah 1.4 kilogram dadah yang diletakkan di bahagian pasu rumah di luar rumahnya,” katanya pada sidang media di bilik mesyuarat IPD Taiping di sini hari ini.

Osman berkata, rampasan dilakukan polis meliputi keseluruhan 542.3 gram dadah jenis syabu dan 873.6 gram dadah heroin. Turut dirampas pasu bunga, dua telefon bimbit, dan wang tunai RM2,370.

TINGGALKAN MAKLUMBALAS

Masukkan Komen
Masukkan nama