Umno tak tanding PRK Sandakan

Keputusan UMNO dalam PRK Parlimen Sandakan ialah kita tidak akan bertanding merebut kerusi tersebut.

Mohamad berkata demikian pada sidang media di Menara Datuk Onn Kuala Lumpur selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, hari ini.

KUALA LUMPUR – UMNO memutuskan untuk tidak menempatkan calon di PRK Parlimen Sandakan pada 11 Mei ini.

Sinar Harian melaporkan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu dibuat kerana parti itu tidak pernah bertanding di kerusi terbabit.

“Keputusan UMNO dalam PRK Parlimen Sandakan ialah kita tidak akan bertanding merebut kerusi tersebut.

“Lagipun UMNO tak pernah bertanding di situ (Sandakan). Ini keputusan UMNO, bagaimanapun BN akan memutuskan sama ada parti komponennya akan ditempatkan merebut kerusi tersebut dalam Mesyuarat MT BN yang akan berlangsung malam ini,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan MCA Sabah bersedia meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Pengerusinya, Lee Wan Tung, berkata mereka bagaimanapun masih membincangkan perkara tersebut dan belum ada keputusan muktamad. Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Pada PRU14, Tien Fatt memperoleh 10,098 majoriti selepas menewaskan Datuk Lim Ming Hoo daripada Parti Liberal Demokratik (LDP).

TINGGALKAN MAKLUMBALAS

Masukkan Komen
Masukkan nama