Negeri Sembilan sedia pertimbang wujudkan skim bantuan bapa tunggal

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan berkaitan.

Kerajaan negeri Negeri Sembilan sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan skim bantuan kepada bapa tunggal menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekiranya terdapat keperluan.

Menurut laporan Malaysiakini, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan berkaitan.

“Sebenarnya tidak ada bantuan kepada bapa tunggal tetapi kita akan pertimbangkan jika ada keperluan… setakat ini kita tidak terima apa-apa permohonan.

“Kalau ada memang kita sedia untuk membantu. Tetapi apa yang kita ada sekarang di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, iaitu Papacare dan mungkin ini menjadi permulaan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Yap Yew Weng (DAP-Mambau) yang ingin tahu mengenai status Skim Bapa Tunggal.

– Bernama

TINGGALKAN MAKLUMBALAS

Masukkan Komen
Masukkan nama