PH petaruh anak bongsu bekas MP di Sandakan

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal, yang juga adalah presiden Warisan selepas sesi bersama rakyat di Dewan Masyarakat Sandakan.

Foto - DAP

Pakatan Harapan (PH) akan meletakkan Vivian Wong – anak bongsu mendiang Stephen Wong,sebagai calon mereka pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal, yang juga adalah presiden Warisan selepas sesi bersama rakyat di Dewan Masyarakat Sandakan.

Turut hadir, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, dan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng.

Vivian, 30, yang memiliki ijazah dalam bidang komunikasi daripada Murdoch University, Australia.

Warisan dan Upko bukan parti komponen PH, tetapi kedua-duanya bekerjasama dengan PH di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan.