Polis rampas dadah syabu bernilai setengah juta

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata suspek warga Indonesia berusia 33 tahun itu ditahan pada kira-kira 9 pagi dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Klang Selatan.

Cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 8.2 kilogram yang dianggarkan bernilai RM576,000 ke Indonesia oleh seorang lelaki gagal apabila beliau ditahan sepasukan anggota polis dalam serbuan di sebuah hotel di Pelabuhan Klang, di Klang, kelmarin.

Malaysiakini melaporkan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata suspek warga Indonesia berusia 33 tahun itu ditahan pada kira-kira 9 pagi dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Klang Selatan.

“Dalam serbuan berkenaan, polis merampas dadah seberat 8.2 kilogram yang dibungkus dalam lapan bungkusan teh cina dan wang tunai berjumlah RM300. Siasatan awal kami mendapati suspek masuk ke negara ini pada 18 April lepas menggunakan pas lawatan sosial.

“Kami masih menyiasat sumber dadah ini sama ada ia dibeli dari sindiket tempatan atau antarabangsa,” katanya dalam sidang akhbar, di Klang, hari ini.

Tambah Shamsul Amar harga dadah berkenaan yang tiga kali ganda lagi tinggi di Indonesia berbanding harga di sini, merupakan antara faktor suspek cuba menyeludup dadah ke sana.

Tambah Shamsul Amar pihaknya masih menyiasat sama ada suspek mempunyai rangkaian dengan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa atau tempatan.

“Namun, kami​​​​​​​ percaya negara ini hanya dijadikan sebagai transit dan dadah itu mahu diseludup keluar suspek ke Indonesia,” katanya.

Jelas beliau, suspek yang juga positif dadah kini direman sehingga 30 April depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau lagi, rampasan itu merupakan yang terbesar oleh pihaknya untuk empat bulan yang pertama pada tahun ini.

– Bernama