Polis siasat forum Statut Rom di UM bawah Akta Hasutan

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengesahkan perkara itu dengan menyatakan bahawa pihaknya menerima beberapa laporan polis berhubung forum berkenaan.

Polis melancarkan siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung forum membincangkan isu Statut Rom yang dianjurkan sekumpulan aktivis pelajar Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengesahkan perkara itu dengan menyatakan bahawa pihaknya menerima beberapa laporan polis berhubung forum berkenaan.

“Siasatan akan dibuat di bawah Akta Hasutan,” katanya dipetik Malay Mail.

Mohamad Fuzi berkata polis akan memanggil beberapa individu yang dikaitkan dengan forum itu termasuk penganjur untuk memberi keterangan.

Antara yang hadir forum yang diadakan di Universiti Malaya itu ialah ahli akademik yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Syed Husin Ali, Peguam Negara Tommy Thomas, penyelaras koordinator G25 Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.

Beberapa pihak mengecam forum itu terutamanya berhubung kenyataan yang dibuat Syed Husin yang dikatakan mengkritik istana.