Beli Lemang naik helikopter

Jadi tidak hairanlah, ramai yang sanggup ke Bentong, Pahang untuk menikmati keenakan Lemang To’Ki. Apa yang pasti, setiap kali hari minggu laluan ke restoran tersebut sememangnya akan sesak.

Foto - VITDAILY

Bagi penggemar lemang, pasti tahu mengenai Lemang To’Ki yang sememangnya sangat popular dengan lemangnya yang berlemak dan sedap. Paling best, kedai ini setiap hari menyediakan juadah lemang dan tak payah tunggu hari Raya.

Jadi tidak hairanlah, ramai yang sanggup ke Bentong, Pahang untuk menikmati keenakan Lemang To’Ki. Apa yang pasti, setiap kali hari minggu laluan ke restoran tersebut sememangnya akan sesak.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video sebuah helikopter mendapat berdekatan premis restoran itu. Menurut netizen, helikopter itu dipercayai pelanggan kepada restroan lemang popular itu.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen lain yang mengatakan penah melihat helikopter itu mendarat di situ beberapa kali.

Malah ada yang membuat spekulasi mengatakan sebelum ini pemilik restoran pernah ditemu bual dan memberitahu sering membawa tetamu datang dari jauh dengan helikopter untuk merasa keenakan lemang tersebut.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka pernah melihat helikopter yang sama berdekatan sebuah restoran ikan patin popular.

Meskipun rata-rata netizen mempersoalkan tindakan individu tersebut yang dianggap satu pembaziran, namun ada yang mengatakan tiada salahnya untuk melakukan sedemikian jika berkemampuan. Malah ada yang mengatakan, jika kita berada di tempat mereka pun, kita akan melakukan perkara sama.