Geng Tony curi kabel tumpas

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Suprintendan Ahsmon Bajah berkata, dalam serbuan itu pada pukul 11 pagi itu, tiga individu termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 24 hingga 42 tahun.

Kabel yang dirampas dalam serbuan di Kampung Sungai Buntu, Sungai Rengit dekat Kota Tinggi semalam. Foto oleh IHSAN POLIS

KOTA TINGGI – Polis berjaya menumpaskan kegiatan curi kabel komunikasi yang didalangi oleh satu kumpulan dikenali sebagai geng Tony menerusi serbuan di Kampung Sungai Buntu, Sungai Rengit dekat sini semalam.

Kosmo Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Suprintendan Ahsmon Bajah berkata, dalam serbuan itu pada pukul 11 pagi itu, tiga individu termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 24 hingga 42 tahun.

“Polis turut merampas pelbagai jenis kabel penebat dan kabel komunikasi. Selain itu, rampasan juga melibatkan potongan-potongan kabel, pemotong besi, penimbang, pisau dan gunting besi.

“Kesemua nilai rampasan dianggarkan bernilai RM230,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahsmon berkata, menerusi tangkapan ini polis yakin mampu menyelesaikan sekurang-kurangnya 23 kes kehilangan kabel di kawasan Pengerang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat ,” katanya. – K! ONLINE.