Jerantut Bandar Murtabak

Dan juga, orang asal Jerantut yang berhijrah dan bekerja ke tempat lain, pasti akan bersetuju murtabak di Jerantut tetap lebih sedap dari di tempat yang mereka berhijrah atau bekerja.

Jika Temerloh diberi jolokan Bandar Ikan Patin, Maran diberi jolokan Bandar Ayam Kampung, Jerantut pula diberi jolokan Bandar Taman Negara.

Tapi sebenarnya tak boleh dilupakan, Jerantut juga sangat sesuai jika diberi jolokan Bandar Murtabak, kerana di daerah ini terdapat banyak murtabak yang sedap dan popular.

Berikut diberikan nama-nama murtabak di Jerantut

Murtabak Fauzi, Murtabak Syed, Murtabak Manja, Murtabak Romas, Murtabak Saufi, Murtabak Sopi, Murtabak Sabri, Murtabak Feri, Murtabak Jerantut Feri, Murtabak Wahid, Murtabak Wahab, Murtabak Zameri Family, Murtabak Damak, Murtabak MK Curry, Murtabak Sardin TMG, Murtabak Tasnim, Murtabak 702, Murtabak Darussalam, Murtabak Mustafa, Murtabak Batu Balai, Murtabak Naim (Ulu Cheka), Murtabak Jerantut (Brand – dijual di Lembah Klang), Kak Bi Frozen – Murtabak Jerantut (Brand – dijual di Kuantan)

* Ketika bulan puasa, ada beberapa bazar Ramadan di Jerantut, yang agak popular ialah Depan pejabat MDJ (utama), Depan TF dan Di Jerantut Feri.

Mungkin ada yang ingin respon: “Alah, di tempat lain pun ramai orang jual murtabak, bukan di Jerantut je”.

Ya memang benar di tempat lain pun ramai orang jual murtabak tapi murtabak di Jerantut lain macam sikit sedap dia, siapa orang luar yang pernah datang dan rasa murtabak di Jerantut dia tahulah.

Dan juga, orang asal Jerantut yang berhijrah dan bekerja ke tempat lain, pasti akan bersetuju murtabak di Jerantut tetap lebih sedap dari di tempat yang mereka berhijrah atau bekerja.

Sesiapa yang ada kawan orang Jerantut, bila bulan puasa rugilah kalau tak minta belanja murtabak (ada yang frozen juga, boleh minta kawan-kawan kirim pos laju).

Penjual murtabak ramai di ketiga-tiga bazar di atas. Nama-nama yang saya nyatakan ialah sebahagian sahaja, ramai lagi peniaga yg saya tak tau nama mereka, murtabak mereka pun sedap juga.

Ada juga penjual murtabak ini yg tidak menjual di bazar, mereka menjual di kedai sendiri sahaja namun tetap dikunjungi pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk membeli.

Harga murtabak di Jerantut ialah pelbagai. Ada yang rm6 sekeping, ada juga harga yang lain, paling tinggi ialah rm13 sekeping.

Ketika bulan puasa, permintaan murtabak di Jerantut adalah sangat tinggi. Penjual-penjual murtabak seperti nama-nama di atas, mampu menjual dalam kuantiti yang sangat banyak setiap hari, ramai juga penjual yang mencatat jualan sehingga beratus keping sehari malah ada penjual yang mencecah jualan seribu keping sehari.

Murtabak-murtabak yang paling biasa dijual di Jerantut ialah murtabak ayam dan murtabak daging. Ia jadi makanan yang sangat mengenyangkan kerana di dalamnya turut mengandungi bahan-bahan lain seperti ubi kentang atau kobis bergantung kepada penjual.

Untuk tambah menyelerakan, murtabak didatangkan bersama kuah sama ada kuah cuka bawang atau kuah kari terpulang kepada pembeli mahu yang mana.

Saiz murtabak di Jerantut ialah sekeping untuk makan sekeluarga. Paling kecil pun cukup untuk makan 4 orang. Saya boleh habiskan sekeping seorang, itu kes terpencil.

Selain dijual di bazar pada bulan ramadan, murtabak-murtabak Jerantut juga dijual pada bulan-bulan yang lain iaitu di pekan sari, di pasar-pasar malam malah ada yang menjualnya setiap hari di kedai makan mereka.

Jika anda berkunjung ke Jerantut, jangan lupa untuk menikmati murtabak. 

Murtabak Ferry Jerantut