Dua pelajar sekolah maut motosikal dirempuh kereta

Mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat ketika itu dalam perjalanan ke sekolah.

Dua pelajar perempuan maut manakala seorang cedera selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Pasir Puteh, Tumpat, di sini hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, mereka bertiga adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat ketika itu dalam perjalanan ke sekolah.

Dalam kejadian jam 7.24 pagi tadi, Siti Norhanim Alia Hamid, 17, yang menunggang motosikal bersendirian maut di tempat kejadian.

Rakan mangsa, Nor Asmidar Iliana Abdullah, 17, pula menunggang motosikal lain bersama adiknya meninggal dunia di Hospital Tumpat.

Adik mangsa yang membonceng, Puteri Balqis Abdullah, 13, cedera dan dikejarkan ke Hospital Tumpat.