Anak disimbah air panas oleh bapa

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian dipercayai berlaku kerana mangsa berusia 35 tahun sering mendesak bapanya itu untuk menyerahkan sebahagian wang tuntutan insuran mendiang ibunya yang telah matang.

Lelaki berusia 35 tahun cedera pada muka dan badan selepas disimbah air panas oleh bapanya di Gelugor, George Town pada Selasa lalu.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun ditahan polis semalam selepas menyimbah muka anak lelakinya dengan air panas di sebuah rumah di Jalan Kaki Bukit, Gelugor di sini pada Selasa lalu.

Menurut laporan Kosmo Online, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian dipercayai berlaku kerana mangsa berusia 35 tahun sering mendesak bapanya itu untuk menyerahkan sebahagian wang tuntutan insuran mendiang ibunya yang telah matang.

Menurutnya, suspek dikatakan telah mengagihkan wang insuran tersebut kepada adik-beradik mangsa, namun tidak memberi wang berkenaan kepadanya walaupun telah diminta berulang kali.

“Pada Selasa lalu, mangsa sekali lagi meminta wang itu ketika pergi ke rumah abangnya untuk mendapatkan wang insuran itu sebanyak RM30,000.

“Ketika dia berada di luar rumah, suspek telah menunjukkan wang RM10 dari tingkap sebelum mangsa menghampiri tingkap dan secara tiba-tiba bapanya telah menyiram air panas ke mukanya,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, suspek melecur pada muka dan badan.

Difahamkan suspek yang mengaku terlibat dalam kejadian itu telah dibebaskan dengan jaminan dan dijangka didakwa dalam masa terdekat.