Rasmi: DAP pertahan Sandakan, tambah majoriti

Calon PH itu menewaskan calon PBS Linda Tsen yang memperolehi 4,491 undi dan tiga calon bebas pula hlang wang deposit iaitu Hamzah Abdullah, 65, (788 undi) Chia Siew Yung, 46, (178 undi) dan Sulaiman Samat, 36, (126 undi).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon DAP Vivian Wong menang pada PRK Parlimen Sandakan.

Wong menang dengan majoriti besar 11,521 undi, selepas mendapat 16,012 undi.

Calon PH itu menewaskan calon PBS Linda Tsen yang memperolehi 4,491 undi dan tiga calon bebas pula hlang wang deposit iaitu Hamzah Abdullah, 65, (788 undi) Chia Siew Yung, 46, (178 undi) dan Sulaiman Samat, 36, (126 undi).

Syabas, harap DAP tunai janji – PBS

Presiden PBS Maximus Ongkili (gambar) mengucapkan tahniah kepada calon DAP Vivian Wong susulan kemenangannya.

“Pengundi telah membuat pilihan dan kami menghormati keputusan pengundi. Kami harap DAP akan menunaikan semua janji yang dibuat kepada rakyat,” katanya.

Menurut Ongkili walaupun keputusan tidak terlaku memberangsangkan buat partinya tetapi ia menunjukkan PBS ‘masih lagi menyengat’.

“PBS bertanding dengan baik, tetapi akhirnya, kami tidak dapat mengatasi kekuatan yang kami hadapi. Semoga tuhan memberkati Sandakan, Sabah dan Malaysia,” katanya.