MPPIM ditubuhkan, rancang masa depan Indera Mahkota

Mesyuarat kali kedua akan diadakan pada 18 Mei ini melibatkan tiga kumpulan sokongan.

OLEH: NOR KHALILAH G HASSAN

Parlimen Indera Mahkota kini aktif menggerakkan Majlis Perundingan Parlimen Indera Mahkota (MPPIM) bagi membincangkan perancangan dan kaedah pelaksanaan yang bersesuaian dengan keperluan masa depan.

Ahli Parlimennya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, susulan itu mesyuarat kali kedua akan diadakan 18 Mei ini melibatkan tiga kumpulan sokongan.

Menurutnya, kumpulan pertama adalah wakil kerajaan dan parti politik; termasuk Adun Semambu, Lee Chean Chung dan Adun Beserah Andansura Rabu sebagai menghormati kedudukan mereka sebagai Adun serta Ketua Jabatan, Pegawai Daerah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Pegawai Pendidikan Daerah dan Ketua Polis Daerah, Pengarah dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah.

“Kumpulan kedua , ialah persatuan-persatuan perniagaan seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang (DPMM), China dan India, persatuan melibatkan penjaja dan persatuan usahawan wanita.

“Sementara itu kumpulan ketiga adalah NGO tempatan seprti Majlis Belia, persatuan OKU da lain lain. Keseemua kumpulan melibatkan 70 orang wakil. Majlis ini ibarat mini parlimen atau parlimen akar umbi yang mana kami telah bermesyuarat kali pertama pada Julai tahun lepas dan minggu depan untuk kali kedua,” katanya.

Saifuddin berkata, menerusi MPPIM beliau akan mendapatkan oandangan samada akan menubuhkan beberapa jawatankuasa supaya lebih efektif atau tidak.

” Mungkin ada dua ata tiga jawatankuasa yang pada ahli adalah penting supaya lebih berkesan.

Dalam dunia hari ini, sesuatu kawasan sama ada kecil seperti bandar atau parlimen atau negeri, untuk maju, harus mempunyai perancangan yang bersesuaian dengan keperluan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas acara penyerahan dana bantuan pelbagai kepada 14 pihak melibatkan jumlah lebih RM50,000.

Sumbangan dana antara RM1,500 hingga RM20,000 itu diberikan kepada PIBG, NGO Olahraga, NGO Agama dan NGO Kebajikan, Sekolah OKU.

Dalam pada itu beliau menjemput anak muda berusia 30 tahun dan ke bawah yang mempunyai wawasan dalam bidang ICT, Robotik dan artificial intelligence , hadir selepas mesyuarat MPPIM, di Kompleks Dagangan Mahkota pada jam 11.30 pagi, 18 Mei ini.

Menurutnya, turut diundang adalah mereka yang memiliki perniagaan yang berorientasikan internet untuk menyertai inisiatif #IMfutures, bagi tujuan fasilitasi anak muda.

“Mereka yang berminat saya harap dapat hubungi Pusat Khidmat Parlinen Indera Mahkota 095750655 dan juga sekiranya berada di IM pda 18 Mei. Saya akan luangkan masa sekitar jam 11.30 pagi untuk adakan pertemuan terbuka dan datang dengan cadangan yang konkrit. 

“Dalam hal ini, beberapa bidang yang dianggap akan menentukan kejayaan masa depan adalah, robotik dan artificial intelligence. Kita ada aset, dan kita perlukan adalah sekumpulan anak muda ini. Saya menawarkan platform sekumpulan anak muda yang betul ingin patrtisipasi dalam menjadikan IM sebuah pusat kemajuan masa depan,” katanya yang mengambil contoh kejayaan Kenya dan Ruanda yang memanfaatkan penggunakan teknologi dan ICT.