DRB-Hicom sahkan SPRM siasat Deftech

Dalam kenyataan hari ini, DRB-Hicom juga berkata, pihaknya dan Deftech akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan perkara itu.

KUALA LUMPUR – DRB-Hicom Bhd. hari ini mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan ke atas anak syarikatnya, Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech).

Dalam kenyataan hari ini, DRB-Hicom juga berkata, pihaknya dan Deftech akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan perkara itu.

Deftech yang merupakan syarikat 100 peratus milik DRB-Hicom menjalankan aktiviti membuat, memasang dan membekal antaranya kenderaan tentera dan komersial. – Bernama