Presiden CAP meninggal dunia

Beliau yang juga merupakan Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 petang tadi kerana sakit tua di Hospital Gleneagles di sini.

S.M. Mohamed Idris meninggal dunia pada usia 93 tahun hari ini.

GEORGE TOWN – Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris meninggal dunia pada usia 93 tahun hari ini.

Kosmo melaporkan, Beliau yang juga merupakan Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 petang tadi kerana sakit tua di Hospital Gleneagles di sini.

Beliau meninggalkan empat cahaya mata. 

Difahamkan , jenazah akan ditempatkan di rumahnya di Rose Avenue di sini sebelum dijangka dikebumikan pukul 10 pagi esok. – K! ONLINE