Siti Kharina peramah dan pemurah

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, AllahyarhamahSiti Kharina yang menyewa sebuah unit di kondominium itu, selalu dilihat mesra dan menyapa penghuni lain.

CYBERJAYA – Penghuni di kawasan kondominium di sini yang Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin ditemui mati menyifatkan beliau seorang yang peramah dan pemurah.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, AllahyarhamahSiti Kharina yang menyewa sebuah unit di kondominium itu, selalu dilihat mesra dan menyapa penghuni lain.

“Selalu nampak dia tegur-tegur orang di sini, dengan pengawal keselamatan pun dia baik,” katanya yang mula nampak Siti Kharina menetap di kondominium berkenaan pada awal tahun ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk berkata, beliau sering dilihat memberi makanan kepada pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

Siti Kharina, 40, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas.

Beliau ditemui mati dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya.

Mayat wanita itu ditemui pemilik rumah berkenaan pada Rabu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

BERITA LAIN: 

Ketua jururawat Serdang ditemui mati di Cyberjaya

Kertas siasatan kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang dibuka