Gangguan bekalan air 24 jam di Bera Selasa ini

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan itu ekoran kerja penyambungan paip baharu bagi projek menaik taraf jalan di daerah tersebut.

Sebanyak 6,000 pemilik akaun di Bera akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula 7 pagi pada 21 Mei ini.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan itu ekoran kerja penyambungan paip baharu bagi projek menaik taraf jalan di daerah tersebut. 

Kawasan yang terlibat ialah Pekan Mengkarak, Taman Tong Ah, Taman Tualang, Taman Tualang Jaya, Taman Berlian, Perumahan Flat Mengkarak, Kampung Belenggu, Kampung Durian Tawar, Kampung Tok Tangguk dan Kampung Caruk Tok Kuning. 

Turut terjejas ialah Kampung Kuala Triang, Kampung Bukit Gemuruh, Kampung Batu Papan, Kampung Bohor, Kampung Bukit Imam Sulong, Kampung Lubuk Lian, Kampung Paya Serai, Kampung Bukit Keledang, Kampung Lubuk Ayam dan kawasan sekitarnya. 

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-5739999 jika mempunyai pertanyaan. 

— BERNAMA