DPMM Pahang bangun sistem rantaian kredit bantu pembekal, kontraktor

Bagi menyediakan peluang kepada ahli dewan yang menawarkan perkhidmatan pembekalan dan kerja-kerja pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan untuk membangunkan Sistem Rantaian Kredit dengan bantuan modal kerja dari RM20,000. - Yang Dipertua DPMM Pahang, Wan Alhamdulillah Wan Abd Rahman

Bantuan modal kerja berkonsepkan rantaian sistem pembiayaan adalah solusi bagi membantu usahawan dalam menjayakan sesuatu projek.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang (DPMM) Wan Alhamdulillah Wan Abd Rahman berkata, justeru bagi tujuan itu pihaknya telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Truecapital Asia Sdn Bhd, sebuah syarikat pemfaktoran yang diiktiraf Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Menurutnya, ini bagi menyediakan peluang kepada ahli dewan yang menawarkan perkhidmatan pembekalan dan kerja-kerja pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan untuk membangunkan Sistem Rantaian Kredit dengan bantuan modal kerja dari RM20,000.

“Sistem Rantaian Kredit melalui platform atas talian (Online) berpusat (Central Financial Management System) dengan sokongan kredit dari True Capital Asia Sdn Bhd akan membantu pembekal dan kontraktor sekaligus.

“Bagi memberi maklumat lebih jelas mengenai sistem ini, DPMM Pahang bersama True Capital akan mengadakan dua sesi taklimat terbuka kepada semua usahawan yang berminat pada 30 Mei 2019 jam 10 malam di Dewan Seminar DPMM Pahang

“Manakala taklimat untuk kontraktor akan diadakan pada 13 Jun 2019 jam 10.00 pagi di lokasi yang sama. DPMM Pahang berharap agar semua usahawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai sistem rantaian kredit ini, agar tidak melepaskan peluang hadir ke sesi taklimat yang kami tawarkan,” katanya.