Sony sahkan tidak lagi masuk pasaran Malaysia

Melalui perkongsian XperiaBlog, Sony tidak lagi akan memfokuskan penjualan mereka di beberapa negara melibatkan pasaran Eropah, Hong Kong, Jepun dan Taiwan sahaja.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini dapat dilihat dimana Sony Malaysia semakin kurang aktif dalam menawarkan promosi terbaru serta menawarkan telefon pintar terbaru buat para pengguna.

Malah, telefon pintar flagship mereka Sony Xperia XZ3 turut tidak ditawarkan di Malaysia.

Melalui perkongsian XperiaBlog, Sony tidak lagi akan memfokuskan penjualan mereka di beberapa negara melibatkan pasaran Eropah, Hong Kong, Jepun dan Taiwan sahaja.

Sebaliknya, The Vocket melaporkan, Malaysia tidak lagi tersenarai di dalam rancangan Sony untuk menawarkan telefon pintar keluaran mereka. Hal ini bertepatan dengan langkah strategi terbaru syarikat ini.

sony-xperia-xz2-review-2
Sumber: CGMAGONLINE

Difahamkan langkah ini dibuat bagi memastikan Sony berjaya mencapai keuntungan kembali sekitar tahun hadapan.