Bayi kelaparan disumbat jari, gambar sebak perang Syria

Negara-negara kuasa besar pula sekadar melihat sahaja mereka ‘disembelih’ rejim Bashar Assad.

LULUH hati ini setiap kali mendengar berita mengenai rakyat Syria yang berterusan hidup dalam konflik dan kesengsaraan akibat perang saudara.

Negara-negara kuasa besar pula sekadar melihat sahaja mereka ‘disembelih’ rejim Bashar Assad.

Baru-baru ini, pertubuhan kemanusiaan Syria Care telah memuat naik sekeping gambar di laman Facebook mereka yang memaparkan seorang wanita, Heba Amouri meriba bayinya yang berusia dua bulan.

Dalam gambar tersebut kelihatan Heba meletakkan jarinya ke dalam mulut bayinya supaya dia tidak menangis akibat kelaparan.

Walaupun gambar itu diambil sudah lama, namun ia masih berjaya mengundang emosi dan perasaan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sementara dua lagi anaknya terbunuh dalam pengeboman besar-besaran tentera regim Bashar ke atas Timur Ghoutah pada awal tahun lalu.