Kerajaan PH perlu tumpu tiga perkara

Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, pada tahun pertama, kerajaan PH dilihat banyak tertumpu kepada usaha menangani masalah kewangan negara serta memulihkan agensi-agensi utama.

Daim meninjau barangan yang dijual di Pasaraya Koza, Machang hari ini.

MACHANG – Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu harga barang keperluan, rumah mampu milik dan penurunan harga tol bagi tahun kedua pentadbirannya.

Kosmo melaporkan, Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, pada tahun pertama,  kerajaan PH dilihat banyak tertumpu kepada usaha menangani masalah kewangan negara serta memulihkan agensi-agensi utama.

“Kerajaan kini perlu memberi lebih banyak perhatian kepada usaha menangani kos sara hidup yang membelenggu rakyat. Pertama kerajaan kena fokus kepada mengawal harga barang.

“Kedua (kerajaan) perlu bina lebih banyak rumah mampu milik dan ketiga, turunkan harga tol,” katanya selepas membuat lawatan kerja ke Koperasi Keluarga Haji Zabir Kelantan Berhad (Koza) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKMM), Datuk Nordin Salleh. – K! ONLINE