Sebuah rumah di Kampung Melayu Gambang musnah dalam kebakaran

KUANTAN – Ramadan yang berbaki beberapa hari menjelang Syawal, sebuah keluarga di Kampung Melayu, Gambang, di sini, terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa tempat berteduh.

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, kebakaran rumah itu telah memusnahkan sebuah rumah dua pintu.

“Dua pegawai kanan bersama enam anggota dari Balai Bomba Taman Tas yang turut dibantu lima anggota dari Balai Bomba Kuantan dan 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela Gambang telah ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

“Hasil siasatan awal rumah berkenaan 100 peratus musnah dalam kebakaran itu namun tiada mangsa yang dilaporkan cedera,” katanya.