Jabatan Perhilitan Pahang selamatkan gajah terperangkap dalam lumpur

Laporan berkenaan telah tular dalam beberapa saluran media sosial.

Bertindak atas satu laporan di media sosial, Jabatan Perhilitan Negeri Pahang bertindak segera dan berjaya menyelamatkan seekor gajah yang terperangkap dalam lumpur di hutan Lesung, Rompin.

Laporan berkenaan telah tular dalam beberapa saluran media sosial.

“Kakitangan Jabatan Perhilitan Negeri Pahang telah ke lokasi dan telah menjalankan operasi menyelamatkan gajah yang terperangkap itu.

“Gajah itu berjaya dikeluarkan dan telah dilepaskan semula ke habitatnya,” katanya melalui kenyataan di facebook Jabatan PEEHILITAN Semenanjung Malaysia.

Gajah yang terperangkap dalam lumpur di hutan Lesung, di sinj, berjaya dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN Negeri pahang.

Menurut hantaran facebook itu, Jabatan PERHILITAN turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak berhubung isu hidupan liar.