Pahang cuti umum 30 Julai

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, ketetapan itu dibuat berdasarkan kuasa di bawah Sub Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951.

Al-Sultan Abdullah

KUANTAN – Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan 30 Julai setiap tahun sebagai hari kelepasan am di negeri itu sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, ketetapan itu dibuat berdasarkan kuasa di bawah Sub Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951.

“Pekeliling (makluman bertulis) mengenainya sedang diedarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

“Dengan ketetapan baharu ini, saya berharap semua pihak akan mengambil maklum serta akur terhadapnya,” kata Wan Rosdy.