Tiada lagi ‘caj tersembunyi’ apabila membeli tiket penerbangan

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah meminda Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 bertujuan menghapuskan caj tersembunyi seperti caj pembayaran kad dan yuran pentadbiran.

Ini pastinya berita baik buat anda yang gemar melancong dalam dan luar negara. Kini, tiada lagi caj tersembunyi akan dikenakan kepada anda jika anda membeli tiket penerbangan mulai 1 jun ini.

Sebelum ini, setiap kali anda membeli tiket penerbangan pasti akan dikenakan caj perkhidmatan, cukai dan pelbagai lagi caj yang tersembunyi.

The Vocket memetik The Star melaporkan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah meminda Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 bertujuan menghapuskan caj tersembunyi seperti caj pembayaran kad dan yuran pentadbiran.

Malah, Syarikat penerbangan juga perlu mendedahkan harga muktamad tiket penerbangan bagi tujuan pengiklanan dan juga sewaktu pembelian tiket.

Melalui peraturan baru ini juga akan mengembalikan tiket penerbangan untuk penumpang yang tidak dapat membuat penerbangan dalam tempoh 30 hari dari permintaan dibuat.

Lantaran itu, anda kini boleh membeli tiket tanpa perlu risau caj tersembunyi dan melancong ke destinasi pilihan anda.