Kemalangan pertama di Jajaran Seksyen 8 WCE

Difahamkan, kemalangan pertama selepas lebuh raya tersebut mula dibuka pada pukul 6 petang kelmarin itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan kepada pemandu.

Keadaan Honda Civic yang rosak teruk selepas hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan di Kilometer 158.3, WCE, Teluk Intan malam tadi.

TELUK INTAN – Sebuah kereta rosak teruk selepas terbabas sendiri di Kilometer 158.3, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini malam tadi.

Kosmo melaporkan, Difahamkan, kemalangan pertama selepas lebuh raya tersebut mula dibuka pada pukul 6 petang kelmarin itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan kepada pemandu. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kemalangan pada pukul 10.30 malam itu berlaku ketika kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki itu sedang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan ke Sabak Bernam. 

“Tiba di lokasi, kereta terbabit hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri jalan. 

“Kereta tersebut rosak teruk di bahagian hadapan dan kiri pintu hadapan namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Mohd. Marzukhi turut mengingatkan pengguna agar sentiasa mematuhi had laju dan peraturan ketika memandu terutamanya pada musim perayaan. 

Kelmarin, Jajaran Seksyen 8 WCE yang melibatkan Hutan Melintang-Teluk Intan mula dibuka pada pukul 6 petang bertujuan bagi mengurangkan kesesakan jalan raya selain memberi manfaat kepada penduduk setempat. 

Laluan sepanjang 19.1 km ini direka bentuk sebagai laluan dua lorong dua hala dan menjadi laluan pintasan kepada penduduk tempatan sekitar Sabak Bernam, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan.