Salam Aidilfitri dari Timur Daily

Timur Daily mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua pembaca, khususnya umat Islam.

Sempena perayaan ini, pasukan kami yang majoriti beragama Islam turut bercuti untuk meraikan Aidilfitri  bersama keluarga serta saling mengunjungi sanak-saudara, sahabat-handai dan rakan-taulan.

Justeru, kami akan beroperasi dalam keadaan tertentu berdasarkan keperluan atau keutamaan laporan.

Di samping ini kami juga mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang menyokong dan sentiasa mengikuti laporan yang dipaparkan di portal Timur Daily.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN – Timur Daily