Simpati nasib tiga anak anjing, pengguna Facebook minta wargamaya tampil bantu

Melalui hantaran Facebook dalam Group Temerloh, seekor daripada anak anjing itu telah mati akibat dilanggar kenderaan yang melalui jalan itu.

Seorang pengguna Facebook dengan nama profil Nora Eykin simpati dengan nasib tiga ekor anak anjing yang terbiar di Jambatan Bypass Temerloh berhampiran simpang masuk ke Kampung Bukit Kelulut.

Bagaimana pun, menurutnya melalui hantaran Facebook dalam Group Temerloh, seekor daripada anak anjing itu telah mati akibat dilanggar kenderaan yang melalui jalan itu.

“Sesiapa yang boleh menjaga tolong la ambil..kesian tiada tempat selamat di sini.

“Ambil la untuk jaga rumah atau kebun..seekor dah kena langgar..lokasi jambatan kelulut bypass,” katanya.

Menurut hantaran itu juga, dia berkata hanya boleh memberi makanan namun tidak selalu selang sehari atau dua hari sekali.

Nora Eykin memberi tiga ekor anak anjing terbiar makan nasi namun salah seekor daripada telah mati dilanggar kenderaan.

Keprihatinan Nora Eykin terhadap anak-anak anjing itu juga mendapat pujian dan perhatian daripada wargamaya dalam Group Temerloh.

Sumber: Nora Eykin