Isteri rayu suami diberi pengampunan Agong

Muhd Zulkifli dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi adalah terkhilaf atas kesalahan beliau di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seorang peniaga kedai kopi dari Indera Mahkota di sini, merayu pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah untuk membebaskan suaminya yang kini menunggu masa untuk dihukum gantung mandatori.

Rokiah Abd Majid, 60an berkata, suaminya Muhd Zulkufli Abd Ghani merupakan bekas tentera yang kini menjadi banduan akhir di Penjara Bentong Pahang, yang telah dipenjarakan sejak 20 Mei 2010.

Menurutnya, sudah hampir sembilan tahun beliau dan anak-anak kehilangan tempat bergantung dan terpaksa berniaga kedai kopi untuk menyara hidup.

“Besar harapan saya agar suami diberikan pengampunan oleh Paduka Baginda dan dapat kembali kepada keluarga. Suami sudah insaf dan keluarga telah menerima derita yang amat panjang sehingga anak ketiga kami, Muhd Khairee meninggal dunia Mac lalu.

“Muhd Khairee alami masalah mental kerana tidak tahan dengan tekanan yang kami hadapi termasuk umpat keji masyarakat. Bahkan ada anak yang tak mahu pergi sekolah kerana diejek anak pengedar dadah,” katanya.

Menghapuskan Hukuman Mati di Pusat Khidmat Komuniti ADUN Semambu, di sini malam semalam.

Menceritakan kisahnya, Rokiah berkata, suaminya ditangkap pada 24 September 2000 dan didakwa di Mahkamah Tinggi Kuantan bersama seorang warga Thailand atas tuduhan mengedar 22 kilogram ganja.

Pada 28 Februari 2013 Mahkamah Tinggi memutuskan suaminya tidak bersalah lalu melepas dan membebaskannya.

Selama lebih tujuh tahun suaminya kembali kepangkuan keluarga dan menjalani kehidupan penuh keinsafan.

“Suami banyak terlibat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, menjadi penderma darah yang konsisten dan banyak membantu orang, demi membersihkan nama keluarga yang tercemar.

“Dia sangat menghargai kebebasan yang diberikan kali kedua itu, bahkan cukup bimbang untuk membantu orang menaiki van lagi sebab bimbang dijadikan kambing hitam.

“Rupanya pihak pendakwaan membuat rayuan dan Mahkamah Rayuan Putrajaya mengarahkan suami hadir ke mahkamah. Pada posiding itu suami didakwa tanpa kehadiran seorang lagi tertuduh kerana gagal ditemui. Suami boleh sahaja melarikan diri seperti warga Thailand itu tapi dia sangat yakin dia tidak bersalah dan mahkamah akan mengetahuinya. Tapi malang, dia disabitkan bersalah dan dihukum gantung sampai mati,” katanya.

Muhd Zulkifli dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi adalah terkhilaf atas kesalahan beliau di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kini beliau sedang menjalani hukuman penjara sementara menanti ke tali gantung.

“Kesan dari hukuman mati terhadapnya dan keluarga, kami umpana seorang yang sempurna tapi kehilangan penglihatan, pekak, bisu, kudung dan hidup tanpa nikmat.

“Pembebasan beliau ibarat seorang OKU diberikan kesempurnaan dan cahaya kehidupan buat keluarga. Saya merayu Seri Paduka Baginda mengurniakan pengampunan. Dan saya mohon merajaan mansuhkan hukuman mati,” latanya.