Ainul Mardhiah akan jalani pembedahan sumbing lelangit

Ayahnya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam Facebooknya menyatakan, anaknya memiliki sumbing lelangit sejak dilahirkan.

LONDON – Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang genap 10 bulan semalam, yang turut menghadapi masalah sumbing lelangit (cleft palate) akan menjalani pembedahan membetulkan sumbing lelangit di sebuah hospital di London, United Kingdom.

Ayahnya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam Facebooknya menyatakan, anaknya memiliki sumbing lelangit sejak dilahirkan.

“Pembedahan untuk cleft palate ini mungkin akan dibuat selepas Ainul dapat berat badan yang sesuai antara enam kilogram (kg) hingga lapan kg,” katanya sewaktu menjawab soalan dikemukakan netizen di laman sosial media itu.