Chong Wei bersara dari dunia badminton

Bekas pemain nombor 1 dunia yang disahkan menghidap penyakit kanser hidung tahun lalu berkata keputusan itu diambil selepas pemeriksaan perubatan terbaru dilakukan di Taiwan.

PUTRAJAYA: Jaguh badminton negara Lee Chong Wei hari ini mengumumkan persaraannya.

FMT melaporkan, Bekas pemain nombor 1 dunia yang disahkan menghidap penyakit kanser hidung tahun lalu berkata keputusan itu diambil selepas pemeriksaan perubatan terbaru dilakukan di Taiwan.

“Saya memberitahu Persatuan Badminton Malaysia yang saya mahu meluangkan lebih masa dengan keluarga,” katanya.

Lee, yang 3 kali meraih pingat perak di sukan Olimpik, berkata beliau sudah pun membincangkan hal itu dengan isterinya.

“Dia menasihatkan saya berehat. Saya berehat dan turut berbincang dengan (Menteri Belia dan Sukan) Syed Saddiq. Saya berkata, selepas Hari Raya, saya akan bersara,” kata Lee dalam nada penuh emosi.

“Kesihatan saya lebih penting.”