Dapat sebungkus ‘duit raya’ dalam plastik lepas selamatkan kura-kura

Menurut hantaran dalam Group Facebook Temerloh itu, Mohd Azlie berkata, kaki kura-kura berkenaan terikat dengan plastik.

Seorang wargamaya yang menggunakan nama akaun Facebook Mohd Azlie berkongsi kisah ketika dia menyelamatkan seekor kura-kura, siang tadi.

Menurut hantaran dalam Group Facebook Temerloh itu, Mohd Azlie berkata, kaki kura-kura berkenaan terikat dengan plastik.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka selepas menanggalkan ikatan plastik pada kaki kura-kura itu, dia mendapati ia berisi duit raya.

Ni la yg dikatakan allah bayar cash😊 Rezeki tak pernah salah alamat..jumpa kura2 d tepi jalan kaki terikat dgn plastik..sy amk kura2 tu n buangkn plastik yg terikat tu..”

xsangka dlm plastik tu ada banyak duit raya😄😄 Mungkin rezeki sy bantu kura2 tu😊,” katanya.

Bagaimanapun dia tidak menyatakan di mana lokasi kura-kura itu ditemui dan apa yang dilakukan terhadap duit raya yang ditemui.

Hantaran Facebook Mohd Azlie itu juga mendapat 966 tanda suka dan komen yang pelbagai daripada wargamaya.

Pemilik akaun Facebook Andak Ahmad menyarankan supaya Mohd Azlie menyerahkan duit raya itu ke masjid.

Seroh ke tabung masjid.. Niatkan pahala sedekoh ke tuan duit.. Bahagian pahala utk yg tolong sampaikan pon ade insyaallah..,” katanya.

Seorang lagi pemilik akaun Facebook Izza Azlina pula ia adalah padah bagi orang yang suka membuang sampah merata-rata.

“Moral : jangan buang smpah merata. Lebih2 lg smpah2 yg x boleh reput mcm plastik tu..,” katanya.