Bekas Presiden Mesir, Mursi meninggal dunia

Media melaporkan Mohammed Mursi pengsan selepas sesi pengadilan di mana beliau menghadapi tuduhan pengintipan.

KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi yang digulingkan oleh tentera pada 2013 meninggal dunia di mahkamah, menurut media Mesir.

Sinar Harian yang memetik media berkenaan melaporkan, Mohammed Mursi pengsan selepas sesi pengadilan di mana beliau menghadapi tuduhan pengintipan.

Mursi, 67, digulingkan berikutan protes beramai-ramai setahun selepas menjawat jawatan sebagai pemimpin negara yang dipilih secara demokratik.