Rumah terjejas akibat ribut di Temerloh meningkat kepada 57 buah

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, daripada jumlah itu, lima keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Surau Kampung Haji Ali di sini manakala selebihnya menumpang di rumah saudara mara masing-masing.

Ribut yang membadai Temerloh, semalam mengakibatkan sebanyak 57 buah rumah rosak khususnya di bahagian bumbung.

Utusan Online melaporkan, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, daripada jumlah itu, lima keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Surau Kampung Haji Ali di sini manakala selebihnya menumpang di rumah saudara mara masing-masing.

Artikel berkaitan: Temerloh dilanda ribut, 17 buah rumah terjejas

“JKM dengan kerjasama pelbagai pihak telah menyerahkan kesemua kelengkapan asas seperti selimut, tikar, kit bencana, kain pelikat dan kain batik manakala makanan dan minuman juga telah disediakan di pusat pemindahan sementara, “ katanya di sini hari ini.

Menurutnya, Kampung Haji Ali di sini terjejas teruk melibatkan 41 buah rumah diikuti Kampung Batu Satu dan Kampung Chengal masing sebanyak tiga buah rumah.

“Kampung yang turut dilanda ribut bermula pukul 5 petang ialah Kampung Bangau Parit, Kampung Paya Kechik, Kampung Paya Dalam dan Kampung Tebing Tinggi Sanggang,” ujarnya.