MH17: Malaysia dukacita dengan laporan terkini

Misil telah digunakan untuk menembak jatuh Penerbangan MH17 pada 17 Julai 2014 yang mengakibatkan kesemua 298 kru dan penumpangnya terbunuh.

PUTRAJAYA – Malaysia berasa dukacita dengan laporan terkini berhubung insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menuntut supaya dikemukakan bukti dan bukan hanya keterangan dengar cakap, sebelum sebarang dakwaan dilakukan.

Kosmo melaporkan, Pada Rabu (19 Jun), penyiasat antarabangsa mendakwa empat orang – tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine atas tuduhan bunuh – berhubung insiden menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014 di timur Ukraine yang mengorbankan 298 orang.

Mahathir berkata, kerajaan berasa kurang senang dengan proses siasatan insiden itu sejak dari mula lagi kerana ia telah dijadikan isu politik.

“Kami berasa sangat dukacita kerana sejak dari awal lagi, ia telah menjadi isu politik tentang bagaimana untuk menuduh Rusia berkaitan salah laku sungguhpun mereka belum mengkajinya lagi,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

“Sejak mula lagi, mereka mahu menuduh Rusia dan kini sudah tentulah mereka kata mereka ada bukti siapakah orang itu. Perkara ini tidak masuk akal.