Polis Marin patah cubaan seludup rokok, nilai rampasan RM4.86 juta

Hasil siasatan mendapati rokok seludup terbabit dibawa dengan kapal dagang.

Pasukan Polis Marin Bukit Aman mematahkan cubaaan menyeludup rokok bernilai RM4.86 juta.

Rampasan dilakukan selepas menahan tiga lori di Leban Chondong, Rompin, Pahang dan berjaya merampas 279,000 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM4.86 juta.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat, siasatan mendapati rokok seludup terbabit dibawa dengan kapal dagang.

Katanya, ia dipercayai dari Vietnam dan dipunggahkan ke dalam bot pancung di tengah laut sebelum dibawa ke kawasan pantai di Nenasi, Pekan.

Rokok seludup terbabit kemudian diangkut dengan berberapa lori untuk dipasarkan di Lembah Klang dan pantai timur.

Semua rokok seludup terbabit dikilangkan di Korea Selatan, Vietnam dan Indonesia.