Sidang akhbar pertama serlahkan sisi ramah Latheefa

Diapit tiga pegawai tertinggi dan para pegawai lelaki, Latheefa, yang disifatkan sebagai seorang yang gemar berdebat, kelihatan tenang menjawab dan menghadapi soalan-soalan yang ditanya oleh pihak media - media tempatan dan asing - pada sidang media hari ini mengenai perkembangan terbaru isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pada sidang akhbar pertama beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menjadi buah mulut, Latheefa Koya menyerlahkan sisi ramah beliau di sebalik tugas berat yang ditanggungnya.

Malaysiakini melaporkan, Diapit tiga pegawai tertinggi dan para pegawai lelaki, Latheefa, yang disifatkan sebagai seorang yang gemar berdebat, kelihatan tenang menjawab dan menghadapi soalan-soalan yang ditanya oleh pihak media – media tempatan dan asing – pada sidang media hari ini mengenai perkembangan terbaru isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya fikir kesemua pegawai saya telah membuatkan saya sibuk dengan kes-kes.

“Berkenaan pelantikan saya, saya akan beri satu tarikh lain untuk wawancara eksklusif atau apa jua anda panggil namanya,” katanya yang diselang-seli ketawa kecil sepanjang sidang media itu.

Latheefa telah mengeluarkan beberapa kenyataan akhbar selepas pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM diumumkan pada 4 Jun.

Ditanya sama ada beliau akan kerap mengadakan sidang akhbar selepas ini, beliau dengan tegas menjawab: “Ya, sudah tentu.”

“Cuma, berilah saya sedikit ruang untuk membiasakan diri terlebih dahulu. Banyak lagi yang saya kena belajar. Saya harap dapat berjumpa kamu lagi untuk memberikan lebih banyak pengumuman,” tambah beliau.

Mengenai pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Latheefa berkata mereka tidak membincangkan apa-apa mengenai fail kes.

“Tidak, kami tidak berbicang mengenai fail kes. Ini kunjungan hormat pertama saya terhadap Tun (Dr Mahathir) sejak pelantikan saya,” kata beliau.

– Bernama