TPM sokong cuti paterniti swasta, akan terus bincang

Namun beliau yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat maklum akan bantahan sesetengah pihak terhadap cadangan itu dan berkata kerajaan akan mengadakan perbincangan berkenaan perkara itu.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan cadangan memperkenalkan cuti paterniti di sektor swasta sebagai perkara yang baik.

Malaysiakini melaporkan, Namun beliau yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat maklum akan bantahan sesetengah pihak terhadap cadangan itu dan berkata kerajaan akan mengadakan perbincangan berkenaan perkara itu.

“Idea itu bagus, tapi memanglah akan ada kekangan di kalangan majikan. Cuti (paterniti) ini memang baik sebab kita akan jadi negara tua (justeru) kita galakkan ramai dapatkan anak.

“Cuti ini boleh dipertimbangkan tetapi kita belum bincang terperinci,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2019 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, di Muzium Diraja, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk memberi cuti paterniti selama tiga hari kepada pekerja sektor swasta.

Pengarah Eksekutifnya Shamsuddin Bardan, berkata pemberian cuti wajib selama tiga hari kerana isteri bersalin memberi kesan kepada kos operasi syarikat.

Ia susulan kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia dua hari lalu berkenaan draf pindaan Akta Kerja 1955 yang sedang disiapkan akan turut menyertakan cuti paterniti tiga hari buat pekerja swasta.

Mahfuz berkata perbincangan sudah dibuat dengan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, wakil kesatuan sekerja dan wakil majikan dan draf itu akan dikemukakan kepada Kabinet sebelum dibentang di Parlimen.

Bagaimanapun satu kajian di Sepanyol sebelum ini mendapati pengenalan cuti paterniti berbayar menyebabkan pasangan menunggu lebih masa untuk menambah anak dan pasangan lelaki tidak mahu anak yang ramai, bertentangan dengan kenyataan Wan Azizah.

Menurut laporan The Guardian pada 20 Mei lalu, pada masa sama ia menyebabkan bapa meluangkan lebih masa dengan anak dan menggalakkan golongan ibu kembali menyertai pasaran kerja.