Harga RON97 Turun 3 Sen, RON95 dan diesel kekal mulai esok

Harga bahan api RON97 turun daripada RM2.41 kepada RM2.38 seliter berbanding minggu lalu. Harga RON95 pula kekal kepada RM2.08 seliter. Manakala diesel turut sama kekal pada RM2.18 seliter.

Bermula esok (15/06), harga runcit bagi petrol RON97 turun sekali lagi sebanyak 3 sen. Manakala harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal.

Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 22/06/2019 hingga 28/06/2019.

Portal Pandu Laju melaporkan, ini bermakna, harga bahan api RON97 turun daripada RM2.41 kepada RM2.38 seliter berbanding minggu lalu. Harga RON95 pula kekal kepada RM2.08 seliter. Manakala diesel turut sama kekal pada RM2.18 seliter.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mengumumkan pengurangan harga siling untuk harga petrol RON95 daripada RM2.20 seliter kepada RM2.08, iaitu sebanyak 12 sen.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet yang bakal menyaksikan harga RON95 kekal pada paras RM2.08 sen walaupun harga minyak pasaran dunia naik melebihi harga tersebut.

Harga siling diesel kekal sama pada RM2.18 seliter, dan tiada sebarang penetapan harga siling untuk RON97 yang akan mengikut harga minyak dunia sepenuhnya. Penetapan daripada bulanan kepada mingguan juga akan membolehkan pengguna menikmati perubahan harga lebih cepat.

SENARAI HARGA MINYAK [22/06/19 – 28/06/19]

  • RON95: RM2.08/liter (kekal)
  • RON97: RM2.38/liter (turun 3 sen )
  • Diesel: RM2.18/liter (kekal)