Tony Fernandes : AirAsia selalu tepati waktu

Fernandes turut menceritakan pengalamannya mengadakan temu janji bersama Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri kali pertama 18 tahun dahulu.

Pengasas AirAsia Tony Fernandes mengingatkan mengenai aspek pengurusan masa, berkata pesawat penerbangan tambang murah itu selalunya menepati waktu.

“Saya ada 15 minit untuk bercakap mengenai hidup saya dan seperti Air Asa, saya akan menepati masa.

“Tapi, saya juga tidak lah pada setiap masa menepati waktu,” katanya pada forum “My Voice, My Nation” di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurut laporan Malaysiakini, Fernandes turut menceritakan pengalamannya mengadakan temu janji bersama Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri kali pertama 18 tahun dahulu.

Katanya, untuk menepati masa temu janji dan mengelakkan kelewatan, beliau sampai awal di Putrajaya, sekitar 6 pagi, tiga jam dariada waktu yang dijadualkan.

Ketika itu, Fernandes berkata beliau mahu bertemu Mahathir bagi mencadangkan rancangannya untuk menubuhkan AirAsia.

Dr Mahathir yang berkongsi pentas bersama Toy malam tadi bercakap mengenai ketepatan masa perkhidmatan awam.

Kata perdana menteri, penjawat awam sekarang lebih menepati masa.

Pejabat Menteri Pertahanan pada 24 Jun lalu kesal dengan kelewatan pesawat Malaysia Airlines hingga menyebabkan menterinya, Mohamad Sabu terlepas temu janji untuk singgah di London bagi bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Kesulitan ini amat dikesali dan diharapkan pihak Malaysia Airlines tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,” kata pejabat menteri.Iklan

Kejadian berlaku pada 16 Jun lalu ketika perdana menteri sedang mengadakan lawatan kerja di United Kingdom, manakala menteri pertahanan pula dalam perjalanan ke Perancis dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumur (KLIA).

“Pada 16 Jun 2019, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sepatutnya mempunyai temujanji penting untuk bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di London, England.

“Akan tetapi, disebabkan kelewatan pesawat Malaysia Airlines MH0002 untuk berlepas selama lebih kurang dua jam 30 minit dari Kuala Lumpur pada malam 15 Jun 2019, temujanji yang sepatutnya berlaku pada pagi 16 Jun 2019 itu gagal untuk berlangsung.

“Menteri pertahanan singgah ke London semata-mata untuk bertemu dengan perdana menteri dalam perjalanannya untuk lawatan rasmi ke Perancis,” kata kenyataan itu lagi.