Kerajaan umum 30 Julai cuti Hari Pertabalan Agong

Pengisytiharan cuti am tambahan itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kerajaan mengumumkan 30 Julai sebagai cuti am tambahan sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Malaysiakini melaporkan, pengisytiharan cuti am tambahan itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Manakala bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata Ketua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar dalam kenyataan media hari ini.