Jeritan ‘bossku’ bergema, Najib terima sambutan hangat

Kehadiran beliau dihangatkan dengan jeritan bossku yang bergema di kawasan sekitar sebelum sama-sama menunaikan Solat Isyak di Masjid Ar Razak yang terletak di kawasan itu.

Kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Majlis Aidilfitri UMNO Bahagian Machang menerima sambutan hangat apabila orang ramai mula berkumpul seawal jam 6.30 petang, semalam menantikan kehadiran beliau.

Sinar Harian melaporkan, Najib atau gelaran glamournya ‘bossku’ tiba rumah di pekarangan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub kira-kira jam 8 malam bagi sama-sama menjayakan majlis yang dijadualkan pada jam 9 malam.

Kehadiran beliau dihangatkan dengan jeritan bossku yang bergema di kawasan sekitar sebelum sama-sama menunaikan Solat Isyak di Masjid Ar Razak yang terletak di kawasan itu.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Tan Sri Mohamed Fatmi Che Salleh serta kepimpinan Pas kawasan, Bendahari Pas Kawasan Machang, Ariffahmi Abd Rahman dan Ketua Pemuda Pas Machang, Razuan Awang Hamat.

Majlis berkenaan mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 10,000 penduduk dan orang ramai membanjiri pekarangan rumah Ketua UMNO Bahagian Machang tersebut dengan masing-masing tidak mahu melepaskan peluang berswafoto dengan ‘Raja Troll’ itu.