Berlegar di ruang udara Kota Bharu dengan RM160 seorang

Seorang penumpang, Mohd. Najib Abd. Ghani ,34, memberitahu, dia membawa ahli keluarganya menaiki helikopter tersebut setelah melihat tawaran harga murah dalam laman sosial Facebook.

Peluang menikmati pemandangan bandar Kota Bharu dari udara dengan menaiki helikopter tidak dilepaskan oleh penduduk di negeri ini, lebih-lebih lagi syarikat pengendalinya, AF Jets Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan pada harga murah.

Seorang penumpang, Mohd. Najib Abd. Ghani ,34, memberitahu, dia membawa ahli keluarganya menaiki helikopter tersebut setelah melihat tawaran harga murah dalam laman sosial Facebook.

Utusan Online melaporkan, Mohd Najib yang tinggal di Machang berkata, dia bertuah kerana dapat menunaikan hasrat membawa isteri, Nurul Ain Ahmad, 31, bersama tiga anaknya Mohd Naqib Arshad,6; Mohd Nabil Arshad, 4 dan Mohd Nazif Arshad, tujuh bulan menaiki helikopter untuk menikmati pemandangan negeri sendiri.

SEBAHAGIAN kanak-kanak bersorak girang apabila beepeluang melihat helikopter di Padang Perdana, Kota
SEBAHAGIAN kanak-kanak bersorak girang apabila beepeluang melihat helikopter di Padang Perdana, Kota bharu, Kelantan hari ini. – UTUSAN ONLINE/NURAIKHA SHARIPUL BAHARI

“Sebelum ini, saya pernah berniat membawa keluarga naik helikopter di lexis hibiscus yang juga menawarkan tawaran sama tapi dengan harga RM700 bagi satu keluarga, namun bukan rezeki kami kerana tawaran tidak disediakan ketika berada disana.

“Hari ini, hasrat saya tertunai tapi lebih manis kerana dapat melihat negeri sendiri dengan harga amat berpatutan hanya RM160 seorang. Tapi kami hanya dikenakan RM480 sahaja kerana dua anak di riba oleh saya dan isteri.

“Ia berbaloi dan lebih murah dari tawaran di tempat lain. Bagi saya, aktiviti seperti ini patut diteruskan dan amat sesuai diadakan terutama pada hujung minggu,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Padang Perdana di sini hari ini.

MOHAMAD AMIRUL NAQIF MOHAMAD NOOR
MOHAMAD AMIRUL NAQIF MOHAMAD NOOR 

Sementara itu, seorang lagi pemuda, Mohamad Amirul Naqif Mohamad Noor, 28, meluahkan rasa teruja setelah berpeluang menaiki helikopter buat pertama kali.

“Saya sebenarnya seorang lelaki yang gayat dengan ketinggian, tapi saya cabar diri untuk cuba menaiki helikopter. Perasaan gayat bertukar menjadi teruja bila melihat suasana bandar dari atas.

“Saya amat puas hati dan harap aktiviti ini akan diteruskan pada masa hadapan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengasas AFjets, Amrul Nizar Anuar berkata, sambutan menaiki helikopter daripada Orang Kelantan amat luar biasa.

“Meskipun dikatakan Orang Kelantan miskin, hakikatnya sambutan menaiki helikopter bagi negeri ini diluar jangkaan, ia mendapat sambutan dua kali ganda lebih hebat berbanding negeri lain.

“Untuk hari pertama sahaja, kita telah mendapat 20 trip tempahan menaiki helikopter bagi penduduk di negeri ini. Hari ini sambutan luar biasa, trip hampir tiga kali ganda berbanding semalam,” ujarnya.

Amrul berkata, pihaknya bercadang untuk menganjurkan Kelantan Event Week yang berkaitan dengan kenderaan darat, udara dan air di negeri ini pada tahun hadapan.